Tahafut Al-Falasifah (Incoherence of the Philosophers

Although Abu Hamid Muhammad al-Ghazali lived a relatively short life (1058-1111), he established himself as one of the most important thinkers in the history of Islam. The Incoherence of the Philosophers, written after more than a decade of travel and ascetic contemplation, contends that while such Muslim philosophers as Avicenna boasted of unassailable arguments on matters of theology and metaphysics, they could not deliver on their claims; moreover, many of their assertions represented disguised heresy and unbelief. Despite its attempted refutation by the twelfth-century philosopher Ibn Rushd, al-Ghazali's work remains widely read and influential.

PDF | 10 MB

Download link

1 comment:

Hilal Asyraf said...

Assalamu'alaikum. Saya saudara kamu dalam ISLAM.

kamu ada tiga blog, dan satu blog dah diberhentikan, bertukar ke satu blog lain. Satu blog lain itu nampak macam berkongsi dengan orang lain, jadi saya bertandang ke sini untuk menjawab persoalan saudara dalam blog saya.

em.. sebelum tu, saya saudara kamu dalam iman dan ISLAM, Hilal Asyraf. Senang kenal dengan orang seperti kamu.

Terima kasih atas teguran. Saya amat hargai. Alhamdulillah ada orang sensitif macam anda di dunia ini. Manusia seperti anda, amat saya perlukan dalam proses lengkap melengkapi atas jalan dakwah dan tarbiyyah.

Sekali lagi, kita memuji ALLAH.

Saya hakikatnya, bukan tidak tahu, atau tidak faham apa yang saudara komenkan itu.

Apa yang saudara komenkan itu benar. Tetapi yang saya nampak adalah perkara lain.

Contoh...

merotan anak. Bukankah ibu bapa itu disuruh untuk mengajak dan mendidik anak itu berkenaan dengan solat dulu sebermula umur 7 tahun, barulah disuruh rotan jika membantah pada usia 10?

bagaimana?

Penyerapan kefahaman itu tetap didahulukan bukan?

Perkara ini perlu diaplikasikan dalam semua perkara sebenarnya. Hatta dalam masalah syarikat tadi, mahupun negara. Syarikat itu hanya analogi sahaja sebenarnya.

kamu fikir, kalau kita tak bina kefahaman dahulu, maka adakah akan wujud intizam, iltizam dan istiqamah dalam pengalaman ISLAM?

Bukan tidak boleh guna kuasa. Maksud saya, sebelum guna kuasa, orang yang kita hendak bawa kepada ISLAM itu ada hak untuk ditarbiyyah. itu maksud saya.

Contoh lain, kita nak ajak orang amal hudud. Tapi kita tidak terangkan kepada orang apa itu hudud. Adakah kita boleh salahkan dia bila dia tolak hudud? Bagaimana?

Cuba perhatikan ya..

Kita perlu cegah mungkar dengan tangan(kuasa) jika boleh. Betul?

Tetapi bagaimana cegah dengan kuasa yang kamu faham?

Pada saya, penetapan pengerusi syarikat, meminta ahli syarikatnya pakai tudung itu betul, tetapi dia sebagai ketua syarikat atau kes di sini, yang nak membina syiar ISLAM di dalam pejabatnya itu, perlulah adakan kelas agama ke, penyebaran fikrah ke, sambil dia menetapkan peraturan sedemikian. Pengamalan dengan kefahaman. barulah ummah ini boleh wujud survival jangka panjang. Kalau semata-mata arahan, ia tidak akan kekal lama. Bila berubah pengerusi nanti, berubah la peraturannya nanti.

bukan tak boleh guna kuasa, tetapi ada uslubnya juga.

Perasan tak, bila ISLAM meluaskan jajahan, bukankah dia bagi tiga pilihan,

1. Masuk ISLAM
2. Bayar Jizyah
3. Perang

Nampak tak, perang adalah yang terakhir. Dua di atas adalah kelembutan, keamanan. Benda ni kalau terang, banyak hikmah yang akan kita nampak.

Bagaimana?

" Biarlah mereka dalam keterpaksaan beberapa jam dalam mentaati Allah daripada tidak taat langsung. Dalam konsep dakwah, hal ini dikatakan setapak lebih dekat dengan Allah."

Saya nak tanya, dari mana anda mendapat kata-lata di atas ini?

ikhlas memang biasanya bermula dengan paksa. Tetapi kita perlu juga suntik dengan kefahaman ISLAM dari masa ke semasa. Sebab itu di sisi dakwah, adanya tarbiyyah. Supaya ISLAM tu bukan di hadapan mata kita sahaja wujud, bukan masa kita hidup sahaja ada.

Ada banyak lagi benda yang boleh kita bincangkan seputar perkara ini.

Tapi apa-apa pun, saya minta maaf banyak-banyak kepada anda.

Maafkan saya. Saya bukan berhajat menjawab soalan anda. Cuma berkongsi buah fikiran. Saya tak kata saya betul 100%. Anda ada saham memberikan saya kebenaran. Harapnya anda sendiri boleh rujuk ulama2 haraki yang lain.

Seronok kenal dengan orang seperti anda. Harap jangan segan berkongsi lagi. Sebenarnya teguran anda membuatkan saya lebih banyak berfikir.

Terima kasih.

Semoga ALLAH redha sama kamu.

~Hilal Asyraf

ps: datang lagi blog saya ya... tegur lagi kalau boleh. Banyak manfaatnya